Tip Penjagaan dan Pengurusan Susu Ibu Untuk Dibawa Travel

Tip Penjagaan dan Pengurusan Susu Ibu Untuk Dibawa Travel

Entri ni Nuha tuliskan di sini hasil perkongsian Puan Nor Maslina Hatar yang bercerita cara beliau menguruskan stok susu ibu (susu ibu perahan/ expressed breast milk – EBM) semasa travel.

TIP PENJAGAAN DAN PENGURUSAN SUSU IBU UNTUK DIBAWA TRAVEL

Travel dengan EBM
Bagaimana Nak Bawa Susu Ibu Travel?

Soalan:
Bagaimana penjagaan susu ibu perahan untuk dibawa travel? 
Contohnya kita bawa stok susu letak dalam beg, bila sampai ke destinasi tu nak simpan kat mana? dalam freezer atau cukup sekadar letak dalam peti ais kat bawah tu?

Ini persoalan daripada ibu.

Sekarang persoalan yang perlu dijawab oleh ibu yang nak travel:

1) Ibu dari mana nak kemana?
2) Travel naik apa dan nanti nak tinggal kat mana?
3) Berapa hari?
4) Bawa baby bersama atau tinggal baby?

Ibu ni nak travel dalam 4 jam perjalanan, bersama baby tapi baby akan ditinggalkan sebab ibu ada urusan lain, travel untuk 2 hingga ke 3 hari.

Masa saya kerja dulu, saya akan bawa stok susu beku 3 packs dan stok susu fresh 2-3 packs. Bila sampai ke destinasi, semua stok susu disimpan di bahagian chiller. Baby akan menyusu dengan stok susu beku dahulu.

Semasa pergi kerja, saya akan pam mengikut jadual pam seperti biasa. Ingat ya, stok susu beku kena dihabiskan dalam masa 24 jam. Jadi 3 packs susu beku tu InshaAllah boleh habis. Stok susu fresh 2-3 packs tu jangka hayatnya lebih panjang dan lebih mudah untuk diuruskan.

Biasanya saya travel dengan EBM dalam beg berisi 3 ke 4 ice packs atau polisterin berisi ais yang ditabur garam. Polosterin tak dibuka sepanjang tempoh travel, InshaAllah susu beku tak cair banyak. Cair sikit saja. – Puan Maslina

Nuha secara peribadinya kurang arif bab pengendalian susu ibu untuk travel. Jadi Nuha rasa part ni sangat penting untuk ibu-ibu tahu untuk terus dapat bekalkan anak-anak dengan susu ibu tak kira kemana kita pergi.

Semoga bermanfaat. Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu atau jika ingin mendapatkan Suplemen Shaklee untuk momen penyusuan susu ibu yang lebih indah.

Dah mendaftar ke Bengkel Penjagaan Postnatal dan Penyusuan yang akan diadakan 1 Disember 2019 nanti? Klik link dibawah untuk mendaftar.

Klik: Bengkel Penjagaan Postnatal dan Penyusuan

Nuha
Contact: 017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati