7 Kandungan Utama dalam Susu Ibu

7 Kandungan Utama dalam Susu Ibu

Kesedaran tentang kelebihan susu ibu semakin meningkat dikalangan ibu-ibu dan bakal ibu, tidak ketinggalan juga dikalangan kaum bapa. Entri ini Nuha kongsikan tentang 7 kandungan utama dalam susu ibu.

 

7 KANDUNGAN UTAMA DALAM SUSU IBU

7 Kandungan Utama dalam Susu Ibu

 

1) Protein
Di dalam susu ibu, terkandung protein yang dinamakan ‘whey’. Ia sejenis protein yang sangat lembut dan mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif.

Susu ibu juga mengandungi ‘lactoferrin’ yang baik untuk kesihatan usus bayi serta mengandungi lysozyme, bahan-bahan anti-mikrob.

Susu ibu kaya dengan protein yang membantu perkembangan mental dan fizikal bayi serta beberapa bahan lain yang merangsang perkembangan bayi secara keseluruhannya.

2) Lemak (fat)
Susu ibu kaya dengan DHA, AHA, EPA yang sangat penting dalam perkembangan sel-sel otak bayi. Secara semulajadi, kandungan mineral termasuk lemak berubah-ubah mengikut umur bayi, keadaan bayi dan kesihatan bayi.

 

Hampir semua bahan-bahan yang terkandung dalam susu ibu adalah bahan yg mudah diserap oleh tubuh bayi.

 

3) Karbohidrat
Susu ibu tinggi dengan kandungan laktos yang sesuai untuk perkembangan bayi. Laktos merupakan sejenis gula baik dan susu ibu juga kaya dengan kandungan oligasakarida yang berfungsi menjaga usus kecil bayi.

4) Antibodi
Susu ibu sangat tinggi dengan sel darah putih hidup. Bayi mendapat bermillion sel darah putih hidup setiap kali dia menyusu dengan ibunya.

Susu ibu kaya dengan kandungan immunoglobulin (juga dikenali sebagai gamma globulin atau globulin imun) yang merupakan bahan yang berasal dari plasma darah manusia yang berfungsi melindungi penyakit dan mengandungi antibodi.

5) Vitamin dan Mineral
Susu ibu mengandungi vitamin dan mineral penting dan mudah diserap ke dalam tubuh bayi seperti zat besi, zink, dan kalsium.

Kandungan zat besi yang boleh diserap sehingga 75% tinggi dengan kandungan selenium yang merupakan antioksidan.

6) Enzim dan Hormon
Susu ibu tinggi dengan enzim yang membantu penghadaman bayi seperti lipase dan amylase. Susu ibu juga tinggi dengan beberapa jenis hormon seperti tiroid, oxytocin dan kira-kira lebih 15 jenis enzim dan hormon lain.

7) Air (Water)
Susu ibu tinggi dengan kandungan air. Bayi yang berusia 6 bulan dan kebawah tidak memerlukan air masak, cukup dengan susu ibu sahaja.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu, atau jika ingin mencuba rangkaian Produk Shaklee bagi menyokong penyusuan susu ibu kepada bayi anda.

Nuha

017-4991289 (Call/ WhatsApp/ Telegram)

FB: Nuha Hayati

IG: nurul_hayati_hanisah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s