7 Tip Menyusui Bayi Bagi Ibu Bekerja

7 Tip Menyusui Bayi Bagi Ibu Bekerja

Mempunyai cahaya mata adalah satu pengalaman terindah kepada pasangan suami isteri, tetapi ada yang lebih penting daripada itu terutama jika anda seorang wanita bekerjaya. Walaupun bekerja tugasan seperti membersihkan, memandikan dan menyediakan dan memberi makan adalah suatu pencapaian besar apabila ianya siap dilakukan.

CABARAN SUSU IBU: 7 TIP MENYUSUI BAYI BAGI IBU BEKERJA

Cabaran Ibu Bekerja dan Menyusu
7 Tip Ibu Bekerja dan Menyusu (Sumber: http://asianetindia.com)

Ibu bekerjaya setiap hari ingin membuktikan yang dirinya mampu menjadi wanita yang sangat efisyen dalam mengimbangi tugasan di rumah dan di tempat kerja serta memikul tanggungjawab sebagai “kilang susu” kepada bayi.

7 tip menyusui bayi bagi ibu bekerja:

1. Rancang Rutin Ibu
Pengurusan masa memainkan peranan yang paling penting dalam ibu mengimbangi kehidupan antara kerja dan keluarga. Rancanglah rutin mengikut keselesaan anda dan cuba untuk ikut apa yang telah dirancang.

Berikan sedikit ruang jika anda memerlukan sedikit perubahan kelak.

Klik: Ibu Bekerja: Bila Patut Mula Buat Stok Susu

 

2. Sentiasa Tersusun Rapi
Senarai atau labelkan apa saja yang membantu anda dalam semua perkara supaya anda tidak perlu menghabiskan masa yang lama untuk mencari sesuatu. Sebagai contoh; tempatkan peralatan memerah dan menyimpan susu ibu di rak khas supaya ibu boleh terus mengambilnya apabila memerlukan.

Klik: 5 Punca Susu Sikit Semasa Ibu Bekerja

3. Dapatkan Bantuan daripada Pasangan
Kongsikan tanggungjawab menguruskan rumah dan bayi bersama suami tersayang. Jika anda rasa perlu dibantu, dapatkan bantuan daripada suami. Siapa lagi yang boleh diharap kalau bukan suami.

Tip Ibu Bekerja dan Menyusu
Tip Menyusui Bayi Bagi ibu Bekerja: Dapatkan Bantuan Suami (Sumber: expatica.com)

Menguruskan segala hal rumah dan bayi secara sendirian bukanlah suatu yang mustahil, tetapi anda harus mengambil kira tanggungjawab sebagai “kilang susu” dan menjaga pengeluaran susu ibu sebaik mungkin.

Pengambilan suplemen yang bersesuaian amat digalakkan bagi melengkapi tubuh badan ibu dengan nutrisi sebagai seorang ibu menyusui dan membantu ibu lebih bertenaga, cergas dan ceria walaupun padat dengan tugasan harian.

Klik: Suplemen Ibu Menyusu

4. Dapatkan Pengasuh
Dapatkan pembantu, pengasuh atau pusat jagaan harian, pilihlah mana yang bersesuaian dengan anda. Kaji selidik latar belakang dan servis mereka dan buat pilihan yang dirasakan terbaik untuk anda dan bayi.

5. Sentiasa Berhubung dengan Pembantu
Walaupun berada di pejabat, pastikan anda sentiasa berhubung dengan pengasuh bayi anda. Anda boleh bertanya dan berbual tentang jadual dan keperluan harian bayi. Ini boleh membantu mengurangkan rasa terputus hubungan dengan bayi di siang hari.

6. Pastikan Ada Matlamat yang Dicapai
Jangan tetapkan tugasan yang terlalu membebankan diri untuk dicapai. Ia akhirnya akan menjadikan anda rasa sedih dan kecewa apabila gagal melakukannya.

Berlapang dada dan tutup mata untuk beberapa perkara yang dirasakan boleh diabaikan.

7. Re-set Prioriti
Samada anda suka ataupun tidak, anda perlu mengabaikan beberapa perkara yang ada di dalam “to-do-list”. Anda mungkin akan mengabaikan rumah yang berselerak, longgokan baju kotor yang belum bercuci dan lantai rumah yang berdebu.

Bayi anda akan jadi keutamaan dan akhirnya semuanya akan jadi sesuatu yang berbaloi untuk anda.

Semoga perkongsian kali ini membantu lebih ramai ibu bekerja untuk menyusui bayi masing-masing dengan gembira sehingga mencapai umur dua tahun.

Klik di sini untuk bacaan artikel asal.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, atau jika ingin mencuba Produk Shaklee bagi membantu perjalanan penyusuan susu ibu anda kepada anak tercinta.

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s