5 Punca Utama Susu Sikit Semasa Ibu Bekerja

5 Punca Utama Susu Sikit Semasa Ibu Bekerja

Ramai ibu bekerjaya berhadapan dengan cabaran pengeluaran susu ibu yang sikit semasa bekerja, tetapi masih ramai ibu yang berjaya menyusui bayi walaupun ibu bekerja. Entri ini Nuha kongsikan 5 punca susu ibu sikit semasa ibu bekerja.

5 PUNCA SUSU IBU SIKIT SEMASA IBU BEKERJA

Turun naik banyak sikit susu ibu itu adalah suatu yang normal. Apa yang penting ibu perlu tahu apa yang menjadikan susu ibu sikit semasa bekerja dan ambil langkah mengelak dan mengatasinya.

1) Jadual Memerah Susu Tidak Tetap
Apabila bayi tiada di disi ibu, aktiviti memerah/ mengepam susu adalah suatu kewajipan bagi seorang ibu menyusu. Kekangan masa di tempat kerja biasanya menjadi sebab ibu tidak dapat memerah susu secara tetap. Keadaan jadual memerah susu yang kucar-kacir boleh menjejaskan kilang susu ibu dan menjadikan susu ibu sikit.

Klik: 5 Do’s & Don’ts Jika Mahu Breastfeed Anak 

2) Stres Punca Susu Ibu Bekerja Jadi Sikit
Tekanan di tempat kerja yang disebabkan oleh beban kerja, majikan dan rakan sekerja boleh menjadi punca pengeluaran susu ibu terganggu. Stres di tempat kerja perlu dikawal sebaiknya untuk mengelakkan susu ibu sikit semasa bekerja.

3) Pemakanan Tak Terjaga
Point ni ramai ibu bekerja gagal untuk melakukannya. Gagal tanpa niat. Mana tidaknya, tugasan di tempat kerja yang memerlukan komitmen tinggi ibu menjadikan ramai ibu yang terpaksa “asal makan kenyang”. Ibu menyusu perlu ambil makanan yang seimbang dan berkhasiat bukan sekadar untuk mengelak susu ibu jadi sedikit, tapi untuk tubuh badan ibu sendiri lebih sihat dan bertenaga dengan pelbagai tanggungjawab.

Pengambilan suplemen sangat membantu ibu dalam melengkapi nutrisi yang tubuh ibu perlukan.

Klik: Suplemen Ibu Menyusu

4) Kurang Rehat Punca Susu Sikit
Ibu bekerja adalah supermom. Mana tidaknya, di rumah dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Pengurus Besar di rumah. Keluar pagi ke pejabat bertukar status sebagai wanita bekerjaya.

Komitmen yang digalas ibu sebagai isteri, ibu, pengurus rumah dan wanita bekerjaya menjadikan rutin harian ibu menyusu itu padat. Dalam menyediakan dan menjalankan tanggungjawab, terlalu biasa bagi seorang ibu untuk tidak mendapat rehat yang cukup.

Klik: 5 Tip Mudah Tambah Susu Badan

Keletihan boleh mengganggu pengeluaran susu ibu dan menyebabkan susu ibu sikit.

Suami boleh memberi sokongan kepada isteri yang menyusui bayi dengan membantu kerja-kerja di rumah. Sekali-sekali bagi kejutan kepada isteri dengan menyedikan makan malam.

Punca Susu Ibu Sikit 2
Suami bantu sediakan makan malam, isteri dapat lebih rehat. (Sumber: Shutterstock.com)

5) Mind Set Ibu Kata Susu Ibu Sikit
Isu mind set ini nampak remeh tetapi impaknya sangat besar. Mind set ibu memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan susu ibu cukup untuk bayi walaupun ibu seorang wanita bekerjaya.

Bergaul dengan geng ibu bekerja yang menyusui bayi supaya ibu dapat serap cas-cas positif mereka dan saling memberi dan menerima kata-kata semangat sesama ibu menyusu lain.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada ibu-ibu yang menyusui bayi walaupun bergelar wanita bekerjaya.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, atau jika ingin mencuba Produk Shaklee bagi membantu perjalanan penyusuan susu ibu anda kepada anak tercinta.

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s