Ibu Bekerja: Bila Patut Mula Buat Stok Susu?

Ibu Bekerja: Bila Patut Mula Buat Stok Susu?

Bagi ibu-ibu bekerjaya yang ingin terus menyusui anak dengan susu ibu selepas habis cuti bersalin, isu susu ibu perahan (SIP) atau lebih familiar dalam Bahasa Inggeris sebagai Expressed Breast Milk (EBM) perlu diambil kira awal-awal sedari selepas bersalin lagi.

IBU BEKERJA: BILA PATUT MULA BUAT STOK SUSU?

Bila Patut Buat Stok Susu
Bila Perlu Mula Pam Susu (Sumber: Google)

Cuti bersalin adalah sangat berharga buat ibu bekerja untuk menghabiskan masa berkualiti bersama bayi. Ini termasukkan waktu untuk ibu menyusui bayi bagi memastikan permintaan (demand) dan pengeluaran (supply) susu ibu stabil sebelum ibu kembali bekerja.

Klik: 5 Makanan dan Minuman Tambah Susu Ketika Dalam Pantang

Ibu disarankan untuk fokus menyusui bayi secara terus (direct feeding) mengikut permintaan bayi sepanjang tempoh berpantang dan mula memerah/ mengepam SIP beberapa minggu sebelum kembali bekerja.

Stok Susu Ibu
Bila Patut Buat Stok Susu?

 

Sebagai contoh;

2 minggu sebelum tarikh ibu naik kerja semula, ibu boleh mula mengepam dan menyimpan SIP. Perah/ pam susu selepas bayi sudah disusui, sejuk dan bekukan mengikut panduan pengurusan SIP.

Elakkan daripada memerah susu sebelum bayi anda disusukan kerana bayi mungkin tidak mendapat susu secukupnya pada satu-satu sesi penyusuan.

Klik: 10 Tanda Susu Ibu Tak Cukup

Memerah susu selepas menyusui bayi sangat bagus bagi memastikan payudara ibu betul-betul “kosong”.

Apabila payudara ibu dikosongkan dengan efisyen, signal akan dihantar untuk badan menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi.

Sebagai tambahan, Nuha suka juga untuk menyarankan agar ibu memerah susu lebih awal dari tempoh 2 minggu sebelum naik kerja bergantung kepada keadaan tertentu seperti gap antara sesi penyusuan yang agak lama.

Ibu ambil peluang ini untuk memerah keluar susu dan simpan SIP tersebut untuk kegunaan bayi selepas ibu naik kerja kelak.

Payudara perlu dikosongkan bagi memastikan pengeluaran susu ibu “maintain”.

Pastikan ibu mengambil makanan dan minuman yang seimbang dan berkhasiat bagi memastikan ibu fit sebagai seorang ibu yang menyusui. Pengambilan suplemen adalah sangat digalakkan untuk membantu ibu melengkapkan nutrisi yang diperlukan tubuh badan.

Klik: Suplemen Ibu Menyusu

Ibu juga boleh mula memperkenalkan botol susu dengan memberikan SIP kepada bayi 2 minggu sebelum naik kerja.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada para ibu untuk terus memberikan susu ibu kepada bayi selepas habis tempoh cuti bersalin hingga dua tahun umurnya.

Klik: Suri Rumah: Keperluan Memerah dan Menyimpan Susu Ibu Perahan (SIP)

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, atau jika ingin mencuba Produk Shaklee bagi membantu penyusuan susu ibu anda kepada anak tercinta.

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s