10 Tanda Susu Ibu Tak Cukup

10 Tanda Susu Ibu Tak Cukup

Sering kali terlintas di fikiran ramai ibu (dan ayah), “berapa banyak dah anak aku minum susu” atau “cukup ke susu yang anak aku minum“. Jangan risau ibu, jangan risau ayah. InshaAllah susu ibu cukup buat bayi anda.

Walau bagaimanapun, mari tambah ilmu tentang 10 tanda susu ibu tak cukup.

10 TANDA SUSU IBU TAK CUKUP

 

iStock_20070767_wide-02
10 Tanda Ibu Tak Cukup Susu

1) Sesi Menyusu Terlalu Pendek Atau Terlampau Lama
Sesi menyusu yang kurang dari 10 minit untuk beberapa bulan pertama selepas kelahiran mungkin petanda bayi anda tidak mendapat susu yang cukup.

Sesi menyusu yang melebihi 50 minit juga memungkinkan yang bayi anda tidak menerima susu yang cukup dan mungkin disebabkan oleh cara lekapan yang tidak tepat atau pengeluaran susu yang sedikit.

2) Bayi Kelihatan Lapar Selepas Setiap Kali Menyusu
Periksa berat badan bayi anda dan dapatkan khidmat nasihat pakar kanak-kanak. Selain itu, periksa juga posisi menyusu dan cara lekapan untuk membantu bayi mendapat lebih banyak susu ibu.

Klik: Urutan Merangsang Pengeluaran Susu Ibu

3) Bayi Terlepas Sesi Menyusu atau Tidur Sepanjang Malam
Sesi penyusuan yang kerap sepanjang masa adalah perlu bagi setiap bayi yang baru dilahirkan. Bayi memerlukan sesi penyusuan setiap beberapa jam untuk mendapat kenaikan berat yang mencukupi dan amat penting untuk tumbesarannya.

Jika bayi tidur lebih daripada 4 jam pada waktu malam, kejutkan dan galakkannya untuk menyusu.

Dengarkan bunyi bayi anda menelan susu. Bunyi menelan adalah tanda yang sangat baik menandakan bayi anda  sedang meminum susu.

4) Berat Bayi Menurun Daripada Berat Lahir 
Pada usia dua minggu, berat bayi menurun daripada berat lahir atau tiada kenaikan berat sekurang-kurangnya 140 – 200 gram sejak ibu mula menyusui bayi. Kenaikan berat badan yang tidak mencukupi adalah satu petanda besar yang bayi tidak mendapat susu yang cukup.

Klik: 5 Makan dan Minuman Tambah Susu Semasa Berpantang

5) Bayi Menukar Lampin Kurang daripada 6 Kali Sehari
Selepas 7 hari kelahiran, bayi menukar lampin kurang daripada 6 kali sehari, membuang air besar kurang daripada 4 kali sehari, air kencing bewarna kuning gelap atau berbintik tompok merah, atau najisnya masih gelap dan likat.

Monitor tekstur dan kekerapan bayi membuang air. Kekurangan kekerapan bayi menukar lampin boleh menjadi satu petanda bayi tidak meminum susu yang cukup.

6) Susu Ibu Belum Ada Selepas 5 Hari Melahirkan 
Selepas 5 hari, susu ibu masih belum ada atau payudara ibu tidak merasa seperti ada susu. Jika ibu mengalami situasi ini, dapatkan berat badan bayi dengan segera. Ini adalah cara yang tepat untuk mengetahui bayi anda mendapat susu yang cukup atau tidak. Ibu juga mungkin perlu menjalani pemeriksaan payudara.

7) Ibu Mengalami Bengkak Susu yang Teruk
Payudara yang keras dan menyakitkan mungkin menghalang bayi daripada melekap dengan tepat dan mematikan keinginan ibu dan bayi untuk menyusui dan disusui.

Ibu mungkin perlu memerah keluar susu secara manual (marmet), atau menggunakan pam susu untuk mengosongkan payudara sehingga ianya lembut.

Bengkak susu yang teruk dan tidak reda-reda boleh mengurangkan penghasilan susu ibu.

8) Payudara Sama Sebelum dan Selepas Sesi Penyusuan
Kepenuhan” dan tekstur (sebelum menyusu keras, selepas menyusu lebih lembut) tidak berubah selepas tamat sesi penyusuan. Bayi mungkin tidak meminum susu yang cukup atau tidak menyusu pada posisi yang sempurna.

how-breast-milk-is-produced
Posisi dan Lekapan yang Betul Memastikan Bayi Mendapat Susu Ibu secukupnya. (Sumber: Google)

9) Kesakitan yang Teruk Mengganggu Penyusuan
Sekiranya bayi tidak menyusu pada posisi dan lekapan yang betul, ibu boleh mengalami rasa sakit pada puting atau puting retak (crack) yang membuatkan ibu merasa sangat menyakitkan jika menyusui bayi.

Dapatkan bantuan pakar laktasi bagi membantu menyelesaikan isu lekapan bayi semasa menyusu. Ibu boleh cuba menyusui bayi di sebelah yang kurang sakit atau menggunakan pam untuk mengosongkan payudara untuk sementara waktu sehingga puting sembuh.

10) Let-Down Reflex (LDR)
Selepas satu atau dua minggu, ibu tidak merasa LDR susu ibu. Walaupun ini bukan isu utama, tetapi ia mungkin petanda yang pengeluaran susu ibu adalah rendah. Pantau teknik lekapan bayi, kekerapan bayi menyusu dan diet ibu.

Pastikan ibu memakan makanan dan minuman yang berkhasiat dan seimbang.
Klik: Suplemen Ibu Menyusu

Artikel Asal: https://www.healthychildren.org

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, atau jika ingin mencuba Produk Shaklee bagi membantu penyusuan susu ibu anda kepada anak tercinta.

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s