5 Makanan dan Minuman Tambah Susu Ketika dalam Pantang.

5 Makanan dan Minuman Tambah Susu Ketika dalam Pantang.

Nuha jumpa rami ibu baru (ibu lama pun ada) yang tercari-cari makanan untuk tambah susu ketika dalam pantang.

Sejujurnya, Nuha pun berpengalaman yang sama satu masa dahulu waktu berpantang anak pertama.

5 MAKANAN DAN MINUMAN TAMBAH SUSU KETIKA DALAM PANTANG

Ada ibu yang hormon susunya tinggi sebaik selepas melahirkan terus ada susu badan. Ada ibu yang 2 3 hari lepas bersalin baru susu badan mula ada.

Cepat atau sedikit lambat bukan persoalan utama. Apa yang lebih penting ialah kekerapan bayi menyusu yang merangsang pengeluaran susu ibu.

Soal pemakanan juga jangan ibu pandang remeh. Ibu berpantang perlukan zat dan nutrisi lengkap untuk fit sebagai ibu menyusui.

Sebenarnya bukan untuk susu ibu banyak dan berkualiti semata-mata, tapi untuk luka bersalin ibu cepat sembuh, ibu bertenaga untuk mengurus diri dan juga bayi.

1) Sup Sayur
Antara menu dan makanan yang boleh diamalkan sewaktu berpantang ialah sup. Sup sayur seperti sup sayur sawi, sup lobak putih, sup bayam dan sup sayur-sayuran yang lain.

17-Manfaat-Lobak-Putih-Untuk-Kesehatan-dan-Kecantikan
Sup Lobak Putih menu berpantang untuk tambah susu (Sumber: Google)

Disantap ketika panas memang laju saja masuk ke mulut.

Namun, harus diambil berat ada sesetengah sayuran yang bersifat “sejuk” dan tidak sesuai bagi tubuh sesetengah ibu yang sedang dalam tempoh berpantang.

2) Oat
Selain memberikan tenaga, oat juga kaya dengan serat yang juga baik untuk penghadaman. Ibu boleh makan oat bersama susu atau milo suam di waktu pagi dan petang.

Nuha suka tambahkan oat di dalam bancuhan ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour. Hasilnya Nuha rasa kenyang lebih lama, susu badan lebih pekat dan meriah.

Klik: 5 Do’s dan 5 Don’ts Jika Ingin Breastfeed Anak

3) Air 
Susu ibu itu dalam bentuk cecair. Untuk ibu menghasilkan cecair, ibu perlulah mengambil cecair yang banyak juga.

Samada air suam kosong atau jus, terpulang pada ibu.

Jus buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C dikatakan membantu dalam proses penyembuhan luka bersalin disamping membantu dalam mengurangkan risiko terkena jangkitan kuman atau nanah pada luka bersalin.

Selain gemar minum jus oren suam, Nuha juga mengamalkan pengambilan Sustained Release Vitamin C Shaklee untuk memastikan badan sentiasa dibekalkan dengan dos Vitamin C yang cukup.

4) Bawang Putih

Bawang putih dianggap makanan terbaik untuk menambah susu ketika berpantang. Di samping sebagai penggalak susu, bawang putih sangat baik dalam membantu luka bersalin cepat sembuh, mengelakkan jangkitan kuman pada luka dan membantu meningkatkan imun.

Bawang putih mengandungi kompaun yang membantu dalam pengeluaran susu ibu.

5) Kurma
Kurma sarat dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, Vitamin A, Vitamin C dan niasin.

Kurma mengandungi kandungan gula ringkas yang tinggi menjadikannya cepat diproses dan diserap lalu memberikan ibu tenaga segera.

Kurma sangat sesuai dengan keadaan ibu lepas bersalin yang keletihan dan memerlukan tenaga untuk menguruskan diri dan bayi.

khasiat-kurma-sebagai-snek-sihat-
Kurma diblend bersama ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder sangat sedap (Sumber: mrtengkuasmadi.com

Untuk ibu yang gemar rasa kurma yang kurang manis, boleh cuba kisarkan susu segar atau ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour bersama kurma.

ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour adalah protein dari sumber soya bukan gmo yang berkualiti tinggi. Ia membekalkan tenaga berpanjangan kepada ibu dan membantu memberikan ibu cukup protein yang diperlukan oleh tubuh.

Seperti yang diketahui, protein adalah komponen penting dalam susu ibu. Jadi sangat penting untuk ibu mengambil protein yang cukup agat dapat membekalkan susu ibu yang berkualiti kepada bayi.

Sebagai tambahan, ibu boleh amalkan sekali Set Menyusu yang ditawarkan oleh Shaklee. Ianya selamat dan membantu melengkapkan nutrisi ibu yang sedang berpantang dan mula menyusui bayi.

Klik: Suplemen Ibu Menyusu

InshaAllah ianya selamat dan membantu ibu-ibu dalam proses menghasilkan susu ibu yang berkualiti dan juga berkuantiti.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, atau jika ingin mencuba Produk Shaklee bagi membantu penyusuan susu ibu anda kepada anak tercinta.

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s