Suri Rumah: Keperluan Memerah dan Menyimpan Susu Ibu Perahan (SIP)

Tiga hari lepas Nuha berbual dengan seorang ibu muda. Antara soalan yang diajukan kepada Nuha ialah;

“Kak, saya ni suri rumah sepenuh masa. Perlu ke saya perah susu jugak?”.

SURI RUMAH: KEPERLUAN MEMERAH DAN MENYIMPAN SUSU IBU PERAHAN (SIP)

Nuha sememangnya menggalakkan ibu-ibu suri rumah sepenuh masa untuk memerah dan menyimpan sedikit stok SIP.

SIP ini sebagai persediaan ketika berlaku situasi ibu tidak dapat bersama bayi dalam satu tempoh masa, ibu dinasihatkan oleh doktor untuk berhenti menyusui bayi untuk jangka masa tertentu, pengeluaran susu ibu terganggu atau ibu jatuh sakit dan lain-lain situasi yang menghalang ibu untuk menyusui bayi secara terus.

Keperluan Memerah Susu Bagi Suri Rumah Sepenuh Masa
Suri Rumah Sepenuh Masa Digalakkan untuk Memerah Susu (Sumber: http://mom.girlstalkinsmack.com

1) Ibu Tidak Bersama Bayi untuk Suatu Tempoh Masa

Nuha ambil contoh diri Nuha sendiri. Sebagai seorang Work At Home Mother (WAHM), ada ketika Nuha perlu menghadiri seminar atau kursus di luar. Bayi Nuha tinggal bersama suami di rumah dengan bekalan SIP yang Nuha sediakan.

Nuha ada pilihan untuk tidak perlu memberi susu formula sebagai ganti kepada susu ibu. Bayi tetap dapat bekalan susu ibu walaupun Nuha tidak bersamanya.

2) Ibu Dinasihati Supaya Berhenti Menyusui Bayi untuk Jangka Masa Tertentu

Ibu mungkin dinasihatkan untuk berhenti menyusui bayi untuk situasi-situasi seperti ibu perlu mengambil ubat tertentu yang boleh memberi kesan sampingan kepada susu ibu dan bayi yang disusui.

3) Pengeluaran Susu Ibu Terganggu

Bagi sesetengah wanita, situasi seperti datang haid boleh mengganggu pengeluran susu ibu. Jadi dalam keadaan seperti ini ibu masih ada bekalan SIP untuk diberikan kepada bayi.

Banyak lagi situasi ‘kecemasan’ yang boleh berlaku dan sekiranya ibu bergelar suri rumah sepenuh masa berhadapan dengan situasi-situasi seperti ini, SIP amat memudahkan ibu. Jika SIP yang disimpan tidak diminum, ibu boleh mencampurkannya dalam hidangan pepejal bayi (bagi bayi atas enam bulan).

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan atau jika ingin mendapatkan Produk Shaklee bagi membantu perjalanan penyusuan susu ibu anda kepada anak tercinta.

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s