Urutan Merangsang Pengeluaran Susu Ibu

Urutan payudara menggalakkan peredaran darah di dalam dada serta melancarkan mengaliran susu. Ia secara langsung membantu dalam pengeluaran susu ibu.

Urutan payudara disarankan terutamanya pada hari-hari dan minggu pertama selepas kelahiran bayi anda untuk mengelakkan bengkak susu. Urutan payudara boleh dilakukan setiap kali sebelum memulakan sesi penyusuan susu ibu.

URUTAN MERANGSANG PENGELUARAN SUSU IBU

Entri kali ini Nuha kongsikan teknik urutan payudara untuk membantu merangsang pengeluaran susu ibu.

urutan merangsang pengeluaran susu badan
Urutan Merangsang Pengeluaran Susu Ibu (Sumber: http://littlemisscapri.tumblr.com )

1) Pastikan ibu relaks dan selesa sebelum memulakan sesi urutan. Dengan menggunakan dua jari, buat gerakan membulat di seluruh payudara, termasuk di bahagian bawah payudara. Jangan seret jari anda di payudara kerana ini boleh merosakkan kulit.

Urutan payudara perlu dilakukan dengan lembut dan tidak menyakitkan. Pastikan tangan dibasuh bersih terlebih dahulu sebelum sesi urutan dimulakan.

2) Ibu juga boleh menggunakan belakang penumbuk. Pusingkan secara lembut ke seluruh payudara ke arah puting. Elakkan penggunaan minyak urut kerana aromanya yang kuat boleh menyebabkan bayi menolak untuk menyusu secara terus (direct feeding).

3) Selepas mengurut kedua-dua belah payudara, secara perlahan gulung setiap puting menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Ini akan menggalakkan pengeluaran hormon yang merangsang pengeluaran susu ibu.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan atau jika ingin mendapatkan produk Shaklee bagi membantu perjalanan penyusuan susu ibu anda kepada anak tercinta.

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s